Siakap Keli

Terima Bungkusan Kain Kuning Dengan Gambar Keluarga, Lelaki Dakwa Ada Orang Mahu Dia Pisahkan Isteri

Rasa iri hati dan dendam membuatkan diantara kita menggunakan medium ‘hitam’ sebagai salah satu cara melunaskan ketidakpuasan hati.

‘Usaha’ ini membuatkan ada yang terseksa sepanjang hidupnya dan ada juga yang terkorban kerana disakiti secara berterusan oleh ‘perantara’ yang dihantar.

Siapa sangka kebahagian yang ditonjolkan di media sosial memberi kesan dan mendedahkan diri serta keluarga kepada bahaya. Perkongsian daripada Md Irwan menerusi laman Facebook miliknya menceritakan kejadian yang berlaku keatas keluarga kecilnya apabila menerima gambar berserta kain kuning, paku dan bungkusan patung berupa jenazah.

Gambar: Md Iruwan

Pada yg buat benda nie, terimo lah balasan tuhan nanti,setahu aku,aku tak ada pun musuh.terkejut aku kemarin bukak2 sampul surat dpt benda macam nie.

Gambar nie aku tahu kau ambik dlm fb aku.

dan aku tahu kau follow pekrbangan aku dalam fb aku tak kan balas pebuatan mu nie,tapi mu kena ingat kuasa tuhan lebih dari segala2nya.kalau jadi apa2 atas keluarga aku mu jawap lah nanta.Tuhan maha adil dari segala2nya.

Kau buat nak suruh aku dengan isteri aku berpisah,dan kau nak isteri aku jad gila dh mati.

tapi kau ingat,kalau Tuhan tak izin benda nie x kan jadi. aku mintak doa dgn tuhan supaya tuhan tunjuk dh azab sesiapa yg sanggup buat mcm nie kepada keluarga aku.

aku x takut mati sbb mati tu pasti kepada setiap yg hidup.tp aku mintak dgn tuhan panjang kan umur ku sbb amalam aku masih x cukup.dn anak2 aku masih kecil.ya Allah ku pohong pada mu kau tunjuk kn lh kebenarannya nnt aminnn..

Sumber: Md Iruwan

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)