Siakap Keli
Kredi: Twitter Nafiz Hafizi

Lelaki Bogel Dipercayai Kurang Siuman Mengamuk, Cederakan Polis Dan Diri Sendiri Dengan Parang

KUANTAN, 27 Dis (Bernama) — Seorang lelaki bogek dipercayai kurang siuman dilaporkan mencederakan seorang anggota polis berpangkat koperan dengan melibas mangsa dengan parang.

Kejadian yang berlaku di perkarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini pada pagi tadi bermula apabila anggota berkenaan ditugaskan untuk ke jejantas di Jalan Besar bagi memeriksa aduan seorang lelaki mengetuk besi jejantas dengan parang sekitar pukul 11.30 pagi tadi.

Anggota berusia 29 tahun dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) IPD Kuantan itu dilibas pada bahagian kepala dan tangan, namun hanya mengalami kecederaan di lengan kanan kerana beliau memakai topi keledar ketika kejadian.

“Suspek difahamkan telah melarikan diri ke masjid yang terletak kira-kira 100 meter dari jejantas itu dan mengamuk di perkarangan masjid serta mencederakan diri sendiri sebelum bertindak melibas parang ke arah anggota polis yang cuba menghampirinya,”  kata Ketua Polis Daerah (IPD) Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali.

“Anggota polis segera menjarakkan diri bagi menenangkan suspek yang dianggar berusia dalam lingkungan 40-an selain mahu mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini,” tambahnya.

Suspek kemudiannya berjaya ditahan selepas melarikan diri ke jambatan Tanjung Lumpur kira-kira 200 meter dari masjid dan membuang parang dibawa ke dalam sungai.

Suspek dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA ) untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan mental.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.