Siakap Keli
Sumber: Bernama

Lima Sekeluarga Dari Malaysia Cedera Terbabit Kemalangan Di Mesir

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Kementerian Luar mengesahkan lima warganegara Malaysia daripada satu keluarga mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya di Mesir semasa dalam perjalanan dari Hurghada ke Kaherah semalam.

Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu memaklumkan kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 11 pagi waktu tempatan telah dikejarkan ke Suez Canal Hospital serta Children Hospital, Cairo bagi menerima rawatan.

“Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sedang menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada para mangsa dan akan terus memantau perkembangan terkini keadaan mereka dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan media itu bagaimanapun tidak menyatakan atau mengesahkan laporan media asing sebelum ini yang dua warga Malaysia turut maut dalam kejadian itu.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)