Siakap Keli
Gambar: Viator

Niat Curi Bata ‘Bertuah’ Tidak Kesampaian, Pasangan Terperangkap Di Tembok Besar China

Niat dua orang lelaki muda untuk mencuri batu bata dari Tembok Besar China tidak kesampaian apabila mereka terperangkap di situ. Mereka berdua dikatakan terperangkap dengan salji dan suhu yang sangat sejuk.

Ekoran itu, kedua-duanya terpaksa meminta pertolongan daripada pihak berkuasa. Kedua-dua lelaki tersebut mempercayai bahawa batu bata yang terdapat di situ dapat membawa tuah sekiranya diletakkan di rumah.

Ketika ditemui, remaja yang masing-masing berusia 20 dan 26 tahun itu berada di tepi tebing dalam keadaan kesejukan. Pasangan itu juga dilihat membawa beg kosong yang dipercayai bertujuan untuk memuatkan sampah.

Walau bagaimanapun, polis mendapati pasangan itu merancang untuk mencuri beberapa batu bata yang terdapat di Tembok Besar China. Ianya terbongkar apabila mereka memberitahu seseorang mengenai tujuan mereka.

Gambar: Unsplash

Mereka telah dibenarkan pulang ke rumah selepas diberi amaran oleh polis bahawa apa yang mereka rancang itu adalah salah dan sangat berbahaya.

Sumber: Asia One

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra