Siakap Keli

Tun M Bakal Umumkan Pengganti Dr Maszlee Dalam Tempoh Terdekat

Baru sahaja sebentar tadi, bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik telah mengumumkan perletakan jawatannya. Keputusan itu ekoran daripada surat perletakan jawatan yang diterima oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Menurut Tun Dr Mahathir, kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh Dr Maszlee akan digantikan dalam dalam masa terdekat.

Pengganti beliau akan saya tentukan dan umumkan dalam sedikit masa lagi.

Surat perletakan jawatan itu berkuatkuasa pada 3 Januari 2020 menandakan tamatnya perkhidmatan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

Melalui kenyataan media terdahulu oleh Dr Maszlee, beliau merakamkan penghargaan terima kasih kepada YAB Tun Dr Mahathir kerana memberi peluang kepadanya untuk mengemudi Kementerian Pendidikan selama 20 bulan.

Perdana Menteri juga menzahirkan ucapan penghargaannya kepada Dr Maszlee atas perkhidmatannya selama ini.

Sumber: Pejabat Perdana Menteri

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra