Siakap Keli

Gara-Gara Bergaduh Dengan Suami, Anak Terlepas Dakapan Ibu Maut Jatuh Tingkat 14

Bagi pasangan yang telah berkahwin, pertelingkahan atau salah faham merupakan lumrah yang biasa dihadapi. Pun begitu, kebiasaannya pertelingkahan suami isteri akan membawa kesan buruk kepada anak-anak.

Begitulah yang digambarkan melalui satu insiden di mana seorang kanak-kanak dipercayai terjatuh dari tingkat 14 bangunan ketika ibu bapanya bertelingkah.

Gambar: China Press

Ketika pergaduhan itu, si ibu sedang mendukung anaknya yang berusia empat tahun. Keadaan bertambah teruk apabila wanita berkenaan cuba untuk melompat daripada bangunan tersebut.

Tidak mahu perkara buruk berlaku, suaminya telah menarik tangan wanita tersebut dan secara tidak sengaja anak di dalam pangkuan wanita itu terlepas.

Akibat daripada insiden berkenaan, kanak-kanak lelaki itu telah jatuh ke lantai daripada tingkat 14.

Ekoran itu, ambulans telah dihubungi dan bergegas ke tempat kejadian bagi memberikan rawatan. Malang menimpa kanak-kanak tidak bersalah itu apabila dia tidak dapat diselamatkan susulan terjatuh daripada ketinggian tersebut.

Gambar: China Press

Kejadian kanak-kanak jatuh dari tingkat 14 ini telah memaksa polis menjalankan siasatan terutamanya kepada pasangan suami isteri tersebut.

Sumber: China Press

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra