Siakap Keli

Gigih Tiga Minggu Bina Replika Doraemon, Akhirnya Musnah Gara-Gara Kucing Nakal Buat Hal

Gelagat si comel yang satu ini memang sudah tidak dapat disangkal lagi. Ada sahaja perangai ‘mereka’ yang menggelikan hati, tidak kurang sifat nakalnya yang membuatkan ramai geram.

Seperti apa yang berlaku kepada seorang pekerja kedai permainan di New York yang diminta oleh pelanggan untuk membuat sebuah replika patung Doraemon.

Pembuatan tersebut harus dibuat dengan teliti dengan pekerja itu mengambil masa selama seminggu untuk menyusun 2,342 blok kecil bagi membentuk karakter kartun terkenal Jepun itu.

Namun, malangnya patung yang dibina musnah setelah seekor kucing nakal menghancurkan model tersebut dengan tapak tangannya yang comel.

Pekerja dari Thailand itu kemudiannya berkongsi gambar berkenaan di Facebook menunjukkan replika itu yang musnah dan bertaburan di atas lantai.

Manakala kucing berkenaan menunjukkan muka yang tidak bersalah sambil berbaring dalam keadaan yang manja.

Melalui kapsyen yang ditulis, dia berkata, ”Saya akan ‘membunuh’ kamu tetapi tiada siapa pun yang mampu untuk marah apabila melihat kamu yang comel.”

Rata-rata netizen dilihat turut terhibur dengan kisah kucing berkenaan, sambil menyifatkan kucing itu berjaya mencairkan hati ramai.

Sumber : Mirror UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra