Siakap Keli

“Siapa Lagi Berkuasa? Kementerian Pelajaran Atau PIBG?”- Raja Permaisuri Agong

Umum mengetahui Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Mahmud Iskandariah sangat dekat dengan rakyat jelata dan seringkali menggunakan platform media sosial untuk berkongsi buah fikiran dan pendapatnya.

Terbaru, baginda memuat naik soalan di laman Twitter berkisar tentang bidang kuasa kementerian dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Siapa lebih berkuasa? Kementerian pelajaran atau PIBG?” kata baginda dalam tulisan jawi.

Menurut baginda, anak-anaknya juga bersekolah di sekolah kerajaan.

“Anak-anak saya juga ke sekolah kerajaan. PIBG hanya untuk menjaga kebajikan dan mutu pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru mengikut silibus kementerian,” ujarnya.

Tweet baginda mendapat sokongan daripada kebanyakan pengikut yang bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Semalam, kita dikejutkan dengan keputusan YB Dr. Maszlee Malik memulangkan semula jawatannya sebagai Menteri Pendidikan. Beliau antara lain mengakui beberpa dasar yang dilaksanakanya di kementerian telah dilihat menimbulkan krisis kepimpinan antaranya isu tulisan jawi, internet sekolah dan sarapan percuma.

Sumber: Tunku Azizah

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.