Siakap Keli

“Hanya Kerana Jawi Satu Malaysia Takut?” – Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Mahmud Iskandariah dilihat sebagai kerabat diraja yang sering membicarakan mengenai topik semasa.

Terbaru, Raja Permaisuri Agong menerusi laman Twitter miliknya membicarakan mengenai tulisan Jawi. Menerusi satu ciapan yang dikongsikan oleh Tunku Azizah, tulisan Jawi telah menggegarkan negara kerana dikatakan semua takut kepadanya.

“Jawi mengegarkan negara. Tulisan Jawi atau masuk jawi? Dua-dua semua takut!! Alhamdulillah”

Dalam ciapan yang lain pula, Raja Permaisuri Agong mempersoalkan bahawa hanya kerana Jawi satu Malaysia takut.

“Hanya kerana Jawi satu Malaysia takut?”

Ciapan yang dibuat oleh Raja Permaisuri Agong itu mendapat reaksi positif dalam kalangan netizen yang meminati tulisan Jawi.

Tidak terhenti setakat itu, Raja Permaisuri Agong dilihat terus berkongsikan ciapan untuk mempertahan tulisan Jawi.

Tambahnya, Tunku Azizah tidak pernah berbahasa kasar, berpolitik atau membawang di Twitter, tetapi hanya mempertahankan warisannya iaitu J A W I.

“Saya tidak pernah berbahasa kasar, berpolitik atau membawang dalam Twitter. Saya hanya mempertahankan warisan saya J A W I”

Sumber: @cheminahsayang

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra