Siakap Keli
Kredit: Google

Lebih Dari Gajinya Main Bola, Ronaldo Raih Hampir RM200 Juta & Paling Tinggi Di Instagram

Dengan lebih 196 juta pengikut, bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo disenaraikan menjadi individu dengan pendapatan tertinggi melalui Instagram.

Beliau memperoleh kira-kira USD$47.8 juta iaitu bersamaan RM196 juta, sekali ganda mengatasi pendapatan Instagram Lionel Messi (RM95.6 juta) dan Kendall Jenner (RM65.2 juta).

Jumlah pendapatannya melalui Instagram dikatakan melebihi jumlah yang diperoleh hasil karier sukannya pada tahun lepas iaitu sekitar USD$35 juta, bersamaan kira-kira RM143.6 juta.

Sumber: ESPN FC, The18.com

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.