Siakap Keli
Gambar: COMSOL Multiphysics

Tips Reka Bentuk Untuk Dapatkan Suhu Nyaman Dalam Rumah Semula Jadi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Umum telah mengetahui bahawa Malaysia merupakan negara yang boleh dikategorikan sebagai panas.

Justeru daripada itu, tidak peliklah mengapa rumah-rumah di Malaysia ini kebanyakannya pasti akan dilengkapi dengan penghawa dingin.

Sungguhpun begitu, bagi anda yang berkemampuan untuk mereka bentuk kediaman sendiri, anda perlu pastikan bahawa reka bentuk kediaman anda tidak menganggu sistem pengudaraan semula jadi yang boleh menyebabkan rumah anda itu nanti menjadi panas.

Seorang pengguna Facebook yang bernama Azizul Azli Ahmad ada berkongsikan tips bagi memastikan reka bentuk kediaman anda itu tidak menganggu pengaliran udara. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsianya seperti berikut:

SEJUKKAN RUMAH KITA?

Rekabentuk kediaman yang baik membantu sejukkan kediaman kita.

Jika berpeluang rekabentuk kediaman sendiri, pertimbangkan faktor ini.

1. Bukaan tingkap dan pintu sebaiknya menghadap SELATAN. Tanah air kita, matahari pagi, petang, tengahari semuanya tetap panas.

2. Pastikan dinding bangunan kita tidak gelap, makin gelap warna cat. Makin banyak haba yang disimpan sewaktu matahari terpancar.

3. Unsur air disekeliling rumah mampu merendahkan suhu pada aliran udara kedalam rumah.

4. Persekitaran yang ada banyak pohon akan menjadi penapis udara yang lebih nyaman dan sejuk kedalam rumah. Ia juga membantu menjadi ‘payung’ kepada rumah dari terkena cahaya matahari secara terus.

5. Pastikan terdapat bukaan tingkap untuk udara keluar dan masuk bagi sesebuah ruang.

6. Anjung dan balkoni membantu agar cahaya tidak terus ‘bersentuhan’ dengan bangunan.

7. Ruang siling yang tinggi dan void akan membawa udara panas naik keatas. Udara panas tidak terperangkap sebagaimana cintamu. Gittew.

8. Ventilation brick atau bata bunga membantu aliran udara bergerak dalam sesuatu ruang dengan baik.

Rekabentuk baik mampu mengurangkan penggunaan penghawa dingin.

Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia

Sumber: Azizul Azli Ahmad

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.