Siakap Keli
Kredit: Google

Duterte Mahu Kereta Murah Ganti Sedan Mewah Menteri-Menterinya, Toyota Avanza Jadi Pilihan

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sebelum ini dilapor merancang untuk menggantikan sedan mewah dengan kenderaan yang lebih murah buat menteri-menterinya, pada 2016.

Duterte memilih kenderaan pelbagai guna (MPV) Avanza untuk para menteri di bawah pimpinannya sebagai salah satu cara untuk menjimatkan perbelanjaan negara, lapor CNN Indonesia.

“Duterte mahukan Avanza kerana itu yang termurah,” kata Pantaleon Alvarez, rakan Duterte seperti dikongsikan Inquirer.

Menurut CNN Indonesia, kenderaan tersebut dihasilkan di Indonesia dan dieksport ke Filipina oleh PT Astra Daihatsu Motor.

Sumber: CNN Indonesia, Inquirer, Sinar Harian

Amira

Love yourself.