Siakap Keli
Kredit: Google/Daily Mail

‘Syiling Bertuah’ Bawa Padah, Lelaki Didenda RM70,525 Campak Syiling Dalam Enjin Pesawat

Anhui, China: Seorang lelaki didenda lebih AS$17,200 (RM70,525) kerana didakwa mencampakkan ‘syiling bertuah’ ke enjin pesawat sebuah kapal terbang.

Lu Chao, 28 yang pertama kali menaiki pesawat itu perlu membayar syarikat Lucky Air atas tindakan yang dilakukan pada Februari tahun lalu.

Dia mengaku mencampakkan syiling sebelum pesawat berkenaan berlepas dari sebuah lapangan terbang di Anhui hingga mengakibatkan penerbangan tersebut terpaksa dibatalkan.

Kejadian serupa pernah berlaku beberapa kali sebelum ini. (Kredit: BBC)

Hasil pemeriksaan menemui dua keping syiling di dalam enjin pesawat.

Di Mahkamah, Chao mempersoal tindakan pengurusan pesawat yang tidak meletakkan tanda larangan agar penumpang tidak membuang syiling ke dalam enjin pesawat.

Kejadian ini bukanlah yang pertama kali berlaku di China. Sebelum ini, kejadian serupa didakwa pernah berlaku beberapa kali antaranya disebabkan seorang penumpang warga emas yang mengakibatkan penerbangan tergendala pada 2017.

Sumber: Astro Awani

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.