Pelakon sinetron terkenal 90-an Ria Irawan telah dilaporkan meninggal dunia akibat kanser pada Isnin.
Menurut laporan dari Kompas, berita sedih itu dilaporkan oleh suami Ria sendiri apabila Mayky Wongkar apabila dihubungi pemberita.
Aktres yang terkenal dengan filem Berbagi Suami dan Pelangi di Hatiku itu menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 4 pagi di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo, Jakarta Pusat.
Sebelum ini, Ria disahkan menghidap kanser pada 2009 dan dikatakan sembuh pada 2014 menerusi rawatan kimoterapi.
Namun walaubagaimapun pada Mac lalu, Ria sekali lagi diserang semula sel kanser berkenaan di bahagian kepala dan paru-paru.
Jenazah arwah Ria akan disemadikan di Lebak Bulus, Jakarta Selatan.
Sumber : Kompas