Siakap Keli

Keluarga ‘Thor’ Derma Lebih RM4 Juta Demi Pulihkan Kebakaran Di Australia

Sesiapa sahaja akan terkesan dengan krisis kebakaran di Australia. Bukan itu saja, bagi seluruh masyarakat dunia, ini yang paling tragis yang patut diberi bantuan.

Terkesan dengan isu di Australia, siapa yang tidak kenal dengan pelakon kacak antarabangsa, Chris Hemsworth memegang watak ‘superhero’ Thor dalam kumpulan Avengers.

Beliau sangat terkesan dengan isu yang berlaku sekarang di bumi Australia di mana kebakaran hutan secara meluas yang berlaku di sana sehinggakan diisytiharkan sebagai darurat.

Terkini, Chris Hemsworth dengan berbesar hati memberi sumbangan untuk menangani kebakaran hutan yang berlaku itu. Dengan mendermakan sebanyak RM 4.09 juta hasil perkongsian bersama ahli keluarganya yang lain.

“Kita perlu menghargai semua kehidupan di dunia, kita perlu menghulur bantuan untuk tangani kebakaran  ini…”

Setiap sen akan dikira sebagai tenaga anda yang dikumpulkan untuk bantu dalam kebakaran, sangat hargai. Apa yang mereka mahu adalah sokongan daripada kita seluruh dunia.

 

Sumber: Chris Hemsworth

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)