Siakap Keli

Artis Program Realiti TV Diberkas Atas Dakwaan Rompak Warga Emas

Seorang wanita yang juga merupakan bekas peserta program realiti hiburan televisyen, telah ditahan oleh pihak polis dan dihadapkan ke mahkamah ekoran dakwaan atas pertuduhan merompak.

Tertuduh bersama dua lagi rakannya bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Sebelum ini, ketiga mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pada perbicaraan yang berasingan, wanita itu sekali lagi mengaku tidak bersalah merompak telefon bimbit dan mencederakan mangsa dengan menyeret mangsa menggunakan kereta ditepi jalan Seri Mangga 8, Taman Seri Mangga pada jam 11.25, 18 Disember lalu.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Sumber : Sinar Harian

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)