Siakap Keli
Kredit Foto: facebook

”Bila Dia Dah Start Cakap…”, Lelaki Terkedu Dengar Respon Lucu Wanita Ini, Niat Nak Bantu Tukar Tayar Disalah Anggap

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai wanita yang hanya pandai memandu sahaja tanpa mengetahui serba sedikit mengenai kerosakan yang boleh mengancam nyawa mereka sendiri. Jika bernasib baik, ada saja golongan yang sanggup membantu walaupun tidak dikenali.

Namun begitu, ada juga yang suka mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Niat untuk membantu kadangkala mempunyai muslihat yang tersendiri tanpa kita ketahui.

Menurut posting yang dimuatnaik oleh seorang lelaki yang berdepan dengan satu situasi di mana niat untuk membantu seorang wanita untuk menukarkan tayar spare telah disalah anggap.

Jangan sesekali kau bergaduh dengan perempuan!!

setiap kali aku nampak kereta berhenti tepi jalan dengan tayar pancit, memang aku akan stop & tanya sama ada perlu bantuan nak tukar tayar spare atau tak.. especially kalau driver perempuan. sebab aku assume if tayar kereta bini aku pancit, akan ada orang lain bantu. kira what you give, you get back la..
tapi maruah aku sebagai lelaki betul2 tercabar pagi ni.. aku stop bila nampak kereta stop tepi jalan dengan tayar flat.. driver perempuan.. aku pun tanya:

aku : kak, nak saya tolong tukar tayar spare tak?

akak : akak rasa tayar akak ok ni.. belum pancit lagi.

aku: tayar dah flat ni kak. nak tukar dalam 5-10 minit je ni.. boley la akak drive tayar spare sampai kedai tayar nanti..

akak : kamu tengok tayar akak.. belah bawah je kempis, belah atas ada angin lagi.. takyah nak tipu akak la.. kalau belon takde angin, kan kempis semua.. tayar akak ni ada angin lagi..

Kredit Foto: ABC

aku : rosak tayar kalau akak jalan lagi ni.. kalau akak taknak saya tolong, saya gerak dulu ye..

akak : lain kali kita ni kena jujur dik baru hidup berkat.. takkan la pasal tayar pun kita sanggup nak tipu.. lagipun kalau betul2 tayar akak pancit, tau ke kamu repair? kamu pun bawak motor je..

aku berlalu sambil mengesat air mata lelaki.. teringat kata2 arwah bapak aku, jangan sesekali bergaduh dengan perempuan bila diorang start bercakap.. ko cakap la camne pun, ko akan kalah..

Sumber: Darul Azzuan Rosman

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.