Siakap Keli
Gambar: Suara Perak

Individu Pertikai Keturunan Agong Dan Permaisuri, Ini Respon Balas Tuanku

Sejak beberapa hari lalu, Twitter Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dihiasi dengan beberapa tweet berkaitan tulisan Jawi. Walaupun ianya mendapat sokongan positif daripada majoriti warganet, namun masih juga ada yang mempertikaikan pendapat yang diutarakan oleh Tunku Azizah.

Malah, lebih teruk lagi apabila terdapat individu yang mempersoalkan keturunan Raja Agong dan juga Permaisuri Agong. Tweet yang mengandungi elemen tidak sensitif terhadap institusi diraja itu telah mendapat reaksi kurang senang daripada warganet yang lain.

Melalui satu ciapan yang dimuat naik oleh seorang individu, persoalan yang ditimbulkan oleh individu terbabit dikatakan amat keterlaluan. Dia juga meminta agar pihak kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir dan pihak polis untuk mengambil berat isu berkenaan.

Dakwa individu berkenaan, tulisan Jawi khat merupakan budaya yang diamalkan oleh kaum Jawa Indonesia. Disebabkan rakyat Malaysia dan juga Raja Permaisuri Agong dilihat mempertahan warisan tersebut, individu berkenaan mempersoalkan mengenai keturunan Raja Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Bumiputra sebenarnya Indonesian? Jadi Agong dan Permaisuri keturunan Indon ? Patutlah perangai macam Indon!

Ciapan yang tidak sensitif itu telah menarik perhatian warga Twitter dan boleh dikatakan semuanya kesal dengan individu terbabit. Tunku Azizah yang menyedari mengenai ciapan tersebut menyarankan agar perkara sedemikian tidak perlu dilayan.

Tak perlu layan, dia anti indon ke?

Menerusi reaksi balas oleh netizen, rata-ratanya kesal dengan tindakan tidak sensitif individu terbabit yang dikatakan tidak menghormati institusi diraja. Malah, ada yang mencadangkan untuk mewujudkan satu resolusi bagi membendung perkara sedemikian.

“Setiap ayat salah dan menunjukkan kejahilan dia”

“Dia hanya menunjukkan kebodohan dirinya”

Sumber: Twitter

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra