Siakap Keli

Iran Tak Mahu Serahkan Kotak Hitam Pesawat Terhempas Kepada Amerika Syarikat

Hari ini, dunia digemparkan dengan tragedi nahas pesawat Boeing 737 milik Ukraine International Airlines yang terhempas dan mengorbankan 176 penumpang dan anak kapal.

Sejurus insiden tersebut, pihak berkuasa penerbangan Iran berkata tidak akan menyerahkan kotak hitam pesawat tersebut kepada Amerika Syarikat.

“Kami tidak akan memberikan kotak hitam kepada pengeluar (Boeing) dan Amerika,” kata ketua Organisasi Penerbangan Awam Iran, Ali Abedzadeh dipetik dari the Jerusalem Post

Pesawat itu dilaporkan terhempas akibat masalah teknikal yang berlaku beberapa minit selepas berlepas dari Lapangan terbang Antarabangsa Imam Khomeini. Pesawat itu sepatutnya dijadualkan mendarat di Kiev.

Sumber: Jerusalem Post

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)