Siakap Keli

(Video) TERKINI: Iran Lancar Puluhan Peluru Berpandu Serang Pangkalan Tentera Amerika Syarikat

Pangkalan udara tentera Iraq yang menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) di wilayah Al Anbar, Iraq telah dihujani dengan puluhan peluru berpandu balistik yang dikatakan dilancarkan daripada Iran, lapor Pentagon.

“Sudah jelas bahawa peluru berpandu ini dilancarkan dari Iran yang mensasarkan dua pangkalan tentera Iraq yang menempatkan kakitangan tentera AS dan sekutu AS di Al-Assad dan Irbil,” kata Jabatan Pertahanan AS dalam satu kenyataan.

Jumlah kerosakan serta nyawa yang terkorban di pangkalan udara Al-Assad masih lagi tidak diketahui.

Menurut agensi berita NBC, saluran Televisyen milik Iran menyifatkan bahawa operasi tersebut dilaksanakan sebagai tindak balas  ke atas pembunuhan komander tertinggi Iran iaitu Jeneral Qassem Soleimani.

Media Iran melaporkan bahawa operasi itu diberi nama “Martyr Soleimani.” Laporan berkenaann turut menyebut Divisyen Pembebasan Aeroangkasa Iran sebagai pihak yang bertanggungjawab menguruskan operasi peluru berpandu di negara berkenaan.

White House dalam satu kenyataan memberitahu bahawa, mereka sudah dimaklumkan dengan serangan yang berlaku ke atas pangkalan tentera AS di Iraq itu.

“Presiden sudah diberikan taklimat dan sedang memantau rapat serta berunding dengan pasukan keselamatan negara,” kata wakil dari White House.

Sumber: nbcnews/Farnaz Fassihi

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.