Siakap Keli
Gambar: economictimes

Bom Missile Keluarkan Bunyi Seakan Wisel Sebelum Meledak, Ini Antara Sebab Yang Ramai Tak Tahu

Serangan bom yang dilancarkan membawa kesan buruk kepada kawasan setempat kerana boleh merosakkan harta benda dan juga mengorbankan nyawa. Seperti yang pernah terjadi pada perang dunia kedua, terdapat banyak bom yang dilancarkan telah memusnahkan beberapa kawasan.

Namun, penulisan pada kali ini adalah lebih tertumpu kepada kesan bunyi wisel yang didengari ketika bom hendak jatuh dan meledak. Seperti yang ditonton dalam filem, kebanyakan bom missile akan mengeluarkan bunyi wisel selepas ianya dilancarkan.

Pun begitu, timbul persoalan mengenai signifikan bunyi tersebut setiap kali bom missile hendak meledak dipermukaan bumi.

Menurut portal MechStuff, bunyi tersebut adalah bertujuan untuk melemahkan semangat musuh dan menakutkan orang ramai. Ianya juga merupakan amaran kepada orang ramai bahawa pihak penyerang sedang menghantar ancaman.

“Kami akan datang dan anda akan mati!”

Ianya turut dinyatakan dalam portal Science ABC yang mengatakan bahawa bunyi tersebut dapat memberikan tekanan kepada musuh mereka dan merasakan terdapat ancaman daripada musuh.

Bagi pendapat beberapa orang sejarah pula, bunyi tersebut dapat memberi amaran kepada orang ramai bahawa bahaya sedang menghampiri kawasan penempatan mereka. Oleh itu, mereka mempunyai masa bagi beredar daripada kawasan itu dan menyelamatkan diri.

Walau bagaimanapun, teori itu tidak dapat diterima ekoran bunyi yang terhasil tidak dapat membantu manusia untuk menentukan arah bom ini dihalakan.

Sumber: Naked Scientists / MechStuff

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra