Siakap Keli

Saintis Kata Orang Tak Makan Sayur Disebabkan Keturunan, Mudah Terdedah Rasa Pahit

Pasti ada diantara kita yang tak makan sayur. Ya, ada yang sanggup habiskan masa berjam-jam untuk asingkan sayur daripada makanan. Perkara ini bukan sahaja berlaku pada anak kecil malah orang dewasa juga ada yang tidak gemarkan untuk menerima hidangan sayur.

Kenapa ia berlaku sebegini?

Menurut saintis Amerika Syarikat, individu yang tidak gemarkan sayuran kerana faktor keturunan. Selain itu, kanak-kanak akan mempunyai deria rasa pahit apabila mereka memakan sayur-sayuran ini.

Mereka juga mempunyai genetik tersebut akan membuatkan makanan yang sudah ternyata pahit akan bertambah pahit. Genetik seperti ini akan lebih terhindar daripada perkara yang beracun.

Selain itu, para saintis mengatakan bahawa, genetik ini akan berjuang untuk makan sayur dan buah-buahan hanya untuk menjaga kesihatan jantung mereka.

Kajian ini dijalankan ke atas 175 orang dengan melihat alur genetik mereka dan tabiat makanan yang berbeza. Hasil daripada kajian ini, mereka yang mempunyai genetik seperti ini mempunyai deria rasa yang kuat dan tidak suka makan sayur-sayuran.

Sumber: BBC.com

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)