Siakap Keli

(Video) Bila Kita Berbual Tentang Kebesaran Allah, Semua Orang Akan Rasa Syurga Menanti – Ebit Lew

Setiap daripada kita pasti pernah melalui pahit getir ujian dan dugaan, kepayahan menghadapi cabaran hidup serta kesedihan yang sukar dilupakan.

Bukan itu sahaja, pasti kita juga pernah mengalami saat-saat bahagia, nikmat kegembiraan apabila mendapat apa yang dihajati serta rasa manisnya kehidupan apabila memperoleh banyak kesenangan.

Menerusi perkongsian Ustaz Ebit Lew di akaun Facebooknya, beliau telah mendekati mereka yang tinggal dibawah jambatan. Ustaz Ebit telah pergi mendengar, melihat sendiri keperitan hidup yang dilalui oleh mereka.

Sebak sangat hati bila jumpa beberapa orang tidur merata begini bawah jambatan. Ya Allah. Kadang kita mengeluh dengan hidup. Rupanya ada orang hidupnya begini.

Seharian ini cuma pusing dari jambatan ke jambatan. Ramai pesan bahaya. Ustaz janganlah turun. Saya dari dulu untuk dakwah ini bila orang kata bahaya, selalu fikir mereka semua rindukan Allah. Rindukan kebaikan. Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah

Saya berdoa jika setiap langkah, lompatan, kotor ini menjadi asbab hidayah. Jika ada pahala saya hadiahkan buat ibu bapa yang saya cintai. Kotor paling teruk ialah hati yang kotor dan merasa diri lebih baik dari orang lain. Mereka yang terbaring disini juga ada mak ayah seperti kita. Mak ayah dan keluarga yang mungkin tak putus doa untuk mereka. Sekali berbual mereka dah tiada sesiapa dalam hidup. Bagaimana ye ujian begitu. Dunia begini luas tetapi tiada sesiapa dalam hidup yang menemani hidup ini.

Tapi bila kita berbual kebesaran Allah dan akhirat membuat semua orang yang hampir putus asa rasa ada syurga menanti disana.

Syukur dakwah mak ayah orang Islam di Malaysia terutama orang Melayu saya dapat Islam. Saya terhutang budi. Begitu juga dakwah dan doa Nabi saw kita dapat nikmat Islam ini. Semoga Allah jadikanlah langkah kaki kita asbab hidayah.

Pohon doakan dan dijemput hadir keluarga sunnah 9feb2020 di Maeps Serdang. Daftar di : https://transformjiwa.com/keluarga-sunnah

Sumber: Ustaz Ebit Lew

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)