Siakap Keli

Kisah Tentera Ini Jadi Penyelamat, “World War 3” Dan Bencana Nuklear Tidak Berlaku

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini sedang hangat diperkatan bahawa dunia bakal mengalami Perang Dunia Ketiga ekorang isu berlaku antara Iran dan Amerika Syarikat.

Hal ini sangat membimbangkan rakyat di seluruh dunia.

Seorang pengguna Twitter memuatnaik satu kiriman tentang kisah Perang Dunia ketiga yang terhalang oleh kerana seorang wira yang tak didendang.

Baru-baru ini, topik “Perang Dunia Ketiga” kembali hangat di media sosial. Oleh itu, aku nak ambil kesempatan ini untuk menceritakan satu kisah berkenaan wira tak didendang. Iaitu bagaimana tindakan seorang anggota tentera menghalang dari tercetusnya WW3 dan bencana nuklear.

Satu insiden telah terjadi yang tidak semua orang tahu

26 September 1983 merupakan satu hari yang sangat bersejarah dalam sejarah peradaban manusia. Namun tidak semua mengetahui akan satu insiden yang terjadi pada hari tersebut.

Pada hari itu, dunia telah dielakkan terjerumus ke dalam kancah Perang Dunia Ketiga dan Perang Nuklear diantara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat oleh seorang anggota tentera Kesatuan Soviet bernama Stanislav Yefgrafovich Petrov.

Beliau merupakan seorang pegawai berpangkat leftenan kolonel bagi Tentera Udara Soviet Union. Media menggelar beliau “The man who single-handedly saved the world from nuclear war” oleh kerana tindakan beliau ketika berlakunya Insiden Amaran Palsu Nuklear 1983.

Ketika kejadian, Stanislav Petrov merupakan pegawai bertugas di fasiliti ketenteraan Kesatuan Soviet.

Fasiliti tersebut menempatkan sistem amaran awal (early-warning system) “Oko” yang mengawasi sekiranya afa pelancaran peluru berpandu antara benua a.k.a ICBM.

Sistem amaran awal Kesatuan Soviet memberi isyarat

Pada hari kejadian, sistem amaran awal milik Kesatuan Soviet tersebut telah memberi isyarat amaran bahawa bukan 1, tetapi 5-6 ICBM “Minuteman-III” milik Amerika Syarikat telah dilancarkan.

Serta merta, seluruh anggota tentera di fasiliti tersebut malah Petrov sendiri berasa cemas oleh kerana menyangkakan ada ICBM yang mengandungi peledak nuklear menuju ke arah tanah Ibu pertiwi Rusia.

Namun berkat pengalaman, kesabaran dan sikap Petrov yang sedikit skeptik terhadap sistem amaran awal yang baru dilepaskan untuk “combat duty” itu menyebabkan beliau membuat kesimpulan bahawa ia mungkin satu kesilapan sistem, justeru ia mengeluarkan amaran palsu.

Selain itu, Petrov berpendapat, sekiranya Amerika Syarikat ingin memusnahkan Kesatuan Soviet dengan nuklear, mengapa hanya satu demi satu misil sahaja dilancarkan? dan bukannya ratusan misil sekaligus demi untuk mengelak berlakunya serangan balas Kesatuan Soviet.

Menurut SOP atau protokol ketenteraan Kesatuan Soviet, sebarang amaran yang dikeluarkan perlu dilaporkan ke pihak atasan. Seterusnya jika telah mendapat pengesahan, Kesatuan Soviet pula akan melancarkan ICBM miliknya sebagai serangan balas.

“Kau meninggal, aku meninggal”

Strategi ini dikenali sebagai “Mutual Assured Destruction” atau dalam bahasa mudahnya, “Kau meninggal, aku meninggal”.

Namun Petrov melanggar protokol dan tidak melaporkan “pelancaran ICBM” Amerika Syarikat tersebut. Oleh kerana ia akan menyebabkan pihak atasan yang panik bertindak mengeluarkan arahan serangan balas, dan menyebabkan berlakunya perang nuklear secara terbuka dan besar-besaran.

Selepas melihat satu, demi satu amaran dikeluarkan sistem amaran awal itu sehingga menunjukkan 6 buah ICBM dilancarkan, Petrov dan orang bawahannya ketika itu dalam situasi “tunggu dan lihat”.

Selepas melalui detik-detik cemas tersebut serta fakta bahawa misil yang telah “dilancarkan” itu tidak sampai ke Kesatuan Soviet, akhirnya ia disahkan bahawa sistem amaran awal “Oko” itu yang mengalami sedikit kepincangan.

Hasil siasatan mendapati bahawa amaran palsu sistem “Oko” itu dikeluarkan oleh kerana berlaku sedikit gangguan yang disebabkan oleh penjajaran luar biasa di antara cahaya matahari, awan beraltitud tinggi serta satelit Kesatuan Soviet itu sendiri.

Menurut laporan Pejabat Kongres Amerika Syarikat, sekiranya serangan balas besar-besaran oleh Kesatuan Soviet ini berlaku.,dianggarkan bahawa ia akan membunuh 35-77% populasi Amerika Syarikat atau 82-180 JUTA orang!

Dan sekiranya Amerika Syarikat pula melancarkan serangan balas atas tindakan Kesatuan Soviet melancarkan misil, ia akan membunuh 20-40% populasi Kesatuan Soviet, atau 54-108 JUTA orang.

Dan kau perlu tahu pada tahun 1983, Kesatuan Soviet mempunyai 35,804 peledak nuklear dan Amerika Syarikat mempunyai 23,305 peledak nuklear.

Walaupun tindakan Petrov telah menyelamatkan dunia dari kemusnahan besar-besaran. Beliau telah disoal siasat secara menyeluruh oleh pegawai atasan Kesatuan Soviet atas keengganan beliau mengikut protokol dan melaporkan insiden tersebut.

Insiden ini tidak didedahkan kepada dunia sehinggalah pada tahun 1988, memoir pegawai atasan Petrov iaitu Kolonel Jeneral Yuriy Vsyevolodich Votintsev menceritakan tentang insiden tersebut.

Pada bulan Mei 2017, Stanislav Yefgrafovich Petrov meninggal dunia. Beliau berumur 77 tahun pada ketika itu.

Filem “The Man Who Saved The World” merupakan filem yang diadaptasi dari kisah Stanislav Petrov. Seorang lelaki, yang tindakannya telah menyelamatkan dunia.

Sumber : Shahmil Hafiz

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)