Siakap Keli

Tun Mahathir Jadi Pemangku Menteri Pendidikan

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad telah disahkan menjadi pemangku jawatan Menteri Pendidikan Malaysia.

Jemaah menteri pada 8 haribulan yang lalu telah memutuskan agar jawatan yang dikosongkan Dr. Maszlee Malik sebelum ini akan diambil alih oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk sementara waktu sehingga Menteri Pendidikan yang baharu dilantik.

Keputusan itu mula berkuatkuasa pada 3 haribulan Januari 2020.

Sumber: Dr. Mahathir Mohamad

 

Aqmal Ezany

I write what is right