Siakap Keli

(Video) Selepas Ketegangan AS-Iran, Kongres Luluskan Resolusi Hadkan Kuasa Tentera Trump

Dewan Kongres yang dikuasai Parti Demokrat pada semalam telah meluluskan satu resolusi yang menegaskan bahawa Presiden Donald Trump perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu dari Kongres sebelum melakukan apa-apa tindakan ketenteraan terhadap Iran.

Resolusi kuasa ketenteraan itu tidak akan terikat dengan Presiden dan tidak memerlukan sebarang tandatangan darinya. Bagaimanapun kata House Speaker, Nancy Pelosi, polisi berkenaan ”tetap berkuasa” kerana ia merupakan satu ”ketegasan dari Dewan Kongres”.

Menurut Speaker Dewan, Nancy Pelosi, langkah itu diambil untuk “melindungi nyawa rakyat Amerika” daripada tindakan ketenteraan Trump yang dilakukan terhadap Iran.

“Pihak pentadbiran perlu memandang serius perkara ini dan menghalang keganasan selanjutnya,” ujarnya.

Usul tersebut telah mendapat persetujuan daripada hampir kesemua ahli dewan dengan tiada satu pun ahli dari parti Republikan yang menyokong.

Semasa Pelosi mengumumkan keputusan undian tersebut, beliau turut menyatakan bahawa pembunuhan Jeneral Qassem Soleimani adalah suatu tindakan yang “provokatif dan keterlaluan.”

https://www.youtube.com/watch?v=Q2b3lbgIsJs

Sumber: Abc7

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.