Siakap Keli

Ibu Trauma, Telinga Anak Sakit Rupanya Tempiras ‘Tumpang’ Siap Buat Sarang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi yang takut kepada serangga seperti lipas, anda pasti cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada haiwan tersebut menggunakan pelbagai cara.

Bayangkan jika serangga tersebut masuk ke dalam rongga telinga dan bersarang di situ, ia pasti sangat mengerikan dan menyakitkan.

Sama seperti yang dialami oleh anak kecil Ros Irdayu Roslan yang memperlihatkan telinganya dimasuki oleh tempiras dan telah bersarang disitu sehingga menyebabkan telinga anak lelakinya itu berdarah.

Apa tu tempiras??

Mana yang tak kenal macam mana rupa paras tempiras boleh tengok dekat gambar yang ibu Fatih google ni. Tempiras selalunya ada pada kucing, ayam, itik dan binatang peliharaan yang lain. tambahan musim kemarau dan berangin ni memang musim tempiras berkeliaran. Sebelum ni ibu dok tengok dalam facebook ada budak telinga masuk tempiras dan sekarang ni Fatih pula yang kena..😭

Bila cium atau usik area telinga memang Fatih tepis dan menangis
.
Fatih tak pandai cakap mengadu yang dia sakit. Sebelum tu masa nak pergi jalan-jalan Pantai Bukit Kluang, ada 3 ekor tempiras dekat rambut, dagu dan cuping telinga Fatih yang ibu dah buang. Rupanya ada sekor terlepas masuk dalam telinga yang kami tak perasan sepanjang berada dekat kampung. Balik dari kampung, malam tadi daddy dok bersih-bersihkan Fatih lepas tu ternampak ada hitam hitam keluar dari telinga Fatih. Bila cium atau usik area telinga memang Fatih tepis dan menangis. Memang disyaki tempiras dah bersarang dalam telinga Fatih.

Kena jalankan procedure di bawah day surgery 
.
Pagi tadi bawa Fatih pergi Hospital Salam Senawang dan jumpa pakar ENT. Doctor cakap kena jalankan procedure di bawah day surgery dan Fatih perlu puasa dan dibius untuk remove tempiras tersebut sebab kedudukannya adalah di dalam telinga.

Fatih buat rawatan ni guna medical card company daddy. Alhamdulillah..Cuma ibu fatih pesan, jika takda medical card company, medical card personal dari Prudential dan Prudential BSN Takaful pun cover kos rawatan macam kes Fatih ni. Itulah ibu selalu pesan betapa pentingnya medical card untuk anak-anak kesayangan acik acik semua sebab mesti acik acik semua nak bagi yang terbaik untuk anak anak kesayangan acikkan?

Dapat detect apabila keluar hitam-hitam dari telinga

Tolong sentiasa pantau keadaan anak ye. Tambahan anak kecik macam Fatih ni yang tak tahu nak mengadu bila sakit ke apa. Cuma kami dapat detect apabila keluar hitam hitam dari telinga dia dan dia sering mengelak dan nangis bila kita cium terkena bahagian telinga. Doakan dipermudahkan segala urusan Fatih ye acik acik semua dan Fatih sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan..🥰

Tempiras ni kesan gigitan dia memang sakit sangat

Walaupun sudah hari keempat tempiras tersebut dikeluarkan, telinga Fatih masih sakit dan keluar darah. Tempiras ni kesan gigitan dia memang sakit sangat taw. Apatah lagi dalam telinga. Doctor cakap normal keluar darah dan jangan risau. Tapi ibu risau juga. Huhu..13/1/2020 ni ada follow up semula dgn doctor ENT. Semoga semuanya baik-baik untuk Fatih.

**updated version 9/1/2020*

Sumber: Ros Irdayu Roslan

Sofea

There's always another side to every story