Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Pelanggan TNB Nikmati Rebat 2.5 Peratus Atas Deposit

Kuala Lumpur : Pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menikmati faedah tahunan berjumlah 2.5 peratus (rebat) daripada jumlah deposit keselamatan elektrik yang dibayar.

TNB dalam kenyataan hari ini memaklumkan faedah yang diperuntukkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 itu akan dikreditkan ke dalam bil elektrik pelanggan pada bulan ini.

”Menerusi faedah tahunan ini, deposit keselamatan pelanggan TNB akan bertambah dari semasa ke semasa, memandangkan ia dikira berdasarkan baki deposit terkumpul,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun rebat itu hanya diberikan sekiranya deposit dibayar secara tunai.

Pelanggan dengan jumlah deposit melebihi RM2,000 mempunyai pilihan untuk membayar secara tunai atau melalui jaminan bank.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.