Siakap Keli
Gambar: Thedailybeast

Presiden Iran Janji Hukum Pihak Terlibat Dalam Nahas Pesawat Ukraine

Presiden Iran, Hassan Rohani telah menjanjikan kepada rakan sejawatnya dari Ukraine untuk membawa sesiapa yang terlibat dalam insiden nahas milik Ukraine ke muka pengadilan.

Rohani memberi tahu bahawa dia akan memastikan pihak yang terlibat dalam bencana udara itu mendapat pembalasan atas perbuatan mereka. Pihak Iran yang mengaku bersalah juga turut memohon maaf atas kecuaian yang telah meragut nyawa 176 orang penumpang.

Pesawat penumpang Ukraine yang baru berlepas beberapa minit telah terhempas di Tehran ketika ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat memuncak. Pada awalnya, pihak Iran mendakwa nahas itu adalah disebabkan masalah teknikal.

Selepas beberapa hari, Iran mengakui bahawa pihak mereka yang bertanggungjawab atas nahas tersebut. Pesawat itu dengan secara tidak sengaja ditembak ketika mereka melancarkan serangan peluru berpandu menghala Iraq.

Sejurus selepas pengakuan itu dibuat, Presiden Ukraine meminta agar Tehran untuk memastikan keadilan dilaksanakan dan pampasan dibayar atas nahas pesawat itu.

Sumber: Time24News

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra