Siakap Keli

Umpan Cuma 60 Sen, Datuk Pujuk Pegang Alat Sulit Budak Lelaki Berusia 5 Tahun

Seorang warga emas berusia 79 tahun telah mengejutkan Surabaya apabila mencabul seorang lelaki berusia 5 tahun.

Perbuatan terkutuk itu dilakukan apabila mangsa sedang bermain di rumah kediaman suspek. Lelaki berkenaan telah mengumpan kanak-kanak itu dengan bayaran sebanyak 2 ribu rupiah supaya dapat memegang ‘bahagian’ itu.

Mangsa telah dipujuk oleh pelaku sebelum memegang alat sulit kanak-kanak tersebut. Selain itu, lelaki tua itu juga ‘menyentuh’ bahagian tersebut.

Perbuatan itu bukanlah hanya dilakukan sekali, namun telah beberapa kali diulangi semenjak bulan Oktober hingga Disember 2019. Menurut portal Tribunnews, suspek telah mencabulnya sebanyak lima kali di rumah suspek.

Perbuatan keji itu terbongkar selepas kanak-kanak itu memberitahu ibunya mengenai kelakuan lelaki berkenaan. Sejurus selepas itu, ibunya telah membuat laporan mengenai perbuatan warga tua itu.

Apabila ditahan, lelaki berkenaan mengaku teransang apabila melihat video ‘dewasa’ dari telefon bimbitnya.

Saya melihat satu filem ‘itu’ dan saya ingin praktikkannya. Saya akui membuat kesilapan.

Sumber: Tribunnews

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra