Siakap Keli

Ayah Selalu Doa Minta Zuriat Yang Soleh, Anak Umur 13 Tahun Dah Hafal 23 Juzuk Al-Quran

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak mudah dalam mendidik anak untuk menghafal kesemua 30 juzuk Al-Quran. Ini merupakan satu anugerah Allah yang pastinya dicemburui oleh semua.

Keupayaan menghafal serta menghayati kalam Allah sememangnya impian semua orang.

Walaubagaimanapun, perkongsian seorang guru di laman Facebooknya mungkin boleh dijadikan inspirasi untuk ibu bapa apabila pelajarnya yang baru berusia 13 tahun sudah mampu enghafal hampir satu kitab Al Quran.

Bukan itu sahaja, pelajarnya itu malah sudah mula menghafal sejak dari usia 7 tahun.

Dia dah hafal 27 juzuk ustaz

Ada satu cerita menarik aku nak kongsi sebagai motivasi kepada ibu bapa,kawan-kawan, adik-adik sekalian.

Pelajar ni namanya Idham Rifqi, umur 13 tahun tingkatan 1. Selesai pendaftaran masa hari first, ayahnya pesan,

“Ustaz, tengokkan anak saya ni lebih sikit ya, bagi sikit ustaz kalau dia malas-malas” sambungnya lagi “Dia dah hafal 27 juzuk ustaz, kalau dia malas mengulang ustaz bagi sikit”

Aku terkejut, kagum rasa dengan ayahnya. Bermula dari umur 7 tahun, Idham dah mula menghafal al-quran. Bukan senang taw nak didik seawal usia 7 tahun, ketika inilah anak-anak sedang sibuk dengan dunia sendiri nak bermain.

Idham ni 5 beradik, dia anak yang ke 4. Setakat ni dah 4 orang termasuk dia menghafal al-quran. Hanya dia seorang lelaki, kakak-kakaknya semua menghafal al-quran dari kecil. Boleh diiktiraf keluarga mithali macam ni.

Bermakna, dari darjah 1 sehingga darjah 6,Idham berjaya menghafal 27 juzuk. Wow, itu pencapaian yang menakjubkan. Aku waktu ni masih tergagap-gagap kot baca alquran.

Alquran tak jadi beban pon sebenarnya pada Idham, keputusan UPSR Idham 3A 2B 1C. Ni sambil menghafal alquran sambil belajar akademik taw. Sepenuh masa pulak tu duduk di asrama dari darjah 1.

“Tuan, share la sikit tips macam mana boleh anak-anak macam ni” tanya aku pada ayahnya.

Keringkan hati korbankan anak untuk hafal Al-Quran

“Ustaz, ada 2 benda yang saya tak pernah tinggal. Pertama, dari waktu kecil sehingga dewasa sekarang, saya tak pernah tinggal doa minta pada Allah berikan zuriat yang soleh.

Kedua, saya keringkan hati korbankan anak saya untuk menghafal al-quran. Saya cuba tidak manjakan dia berlebihan bila berkaitan dengan pelajaran dan al-quran”

Hari pertama minggu ni, dia baca kat aku dengan muka selamba sejuzuk (20 mukasurat).

Belum terlambat sebenarnya kita nak jadikan contoh didikan macam ni pada anak-anak, biar mereka ikut jejak langkah orang yang hebat-hebat.

Apa aku nak sampaikan ialah ibu bapa adalah guru yang paling utama ketika anak waktu kecil. Guru yang paling hebat ialah ibu bapa.

Sumber : Facebook Syukri Wafi

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)