Siakap Keli

Hanya Ada Di Australia, 3 Spesies Haiwan Ini Diancam Kepupusan Jadi Mangsa Kebakaran

Pakar ekologi di Australia percaya lebih satu bilion haiwan terkorban dalam kebakaran belukar di negara itu sejak September lalu.

Kebakaran melibatkan 25 juta ekar kawasan itu dilaporkan telah menjejaskan habitat dan mengancam pelbagai spesies dengan kepupusan.

Menurut portal berita CBS, para penyelidik berkata koala, kanggaru dan wallaby mungkin pupus sama ada secara langsung atau tidak langsung berikutan kebakaran itu.

Kumpulan penyelamat haiwan, Wires menerima ribuan permohonan untuk merawat haiwan yang tercedera dalam kebakaran tersebut.

Koala yang terselamat. (Kredit: Google)

Haiwan yang terselamat pula mengalami masalah untuk mencari makanan setelah api memusnahkan habitat mereka.

Haiwan seperti wallaby, kanggaru dan koala tidak wujud di tempat lain di dunia ini. Disebabkan kebakaran, koala Australia dan spesies unik lain mungkin menghampiri kepupusan, lapor CBS.

Wakil sukarelawan kumpulan itu berkata, kebakaran tersebut diburukkan lagi dengan perubahan iklim dunia yang turut menyumbang kepada kemarau selama 3 tahun di Australia.

Sumber: CBS

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.