Siakap Keli
Sumber: Instagram

“Kalau Saya ‘Cleaner’, Itu Pekerjaan Yang Baik”, Pelakon Senior Kongsi Gambar Beruniform Tukang Cuci

Pelakon senior, Noralbaniah baru-baru ini menimbulkan tanda tanya para peminat apabila memuatnaik gambarnya memakai pakaian tukang cuci.

Beliau yang kini berusia 50 tahun itu turut berpesan bahawa segalanya boleh ditarik balik pada bila-bila masa.

“Ada lagi ke orang nak pandang kalau ini pengakhiran untuk diri ini.. Peringatan untuk diri sendiri.

“Apa yang kita ada bila-bila masa Allah boleh tarik balik. Tak kiralah pekerjaan ataupun orang terdekat. Selalulah hargai semuanya sebelum terlambat,” ujarnya.

“Ada yang telefon tanya, betul ke? Sebenarnya bagi saya apa salahnya.

“Kalau saya cleaner, itu satu pekerjaan yang baik. Halal. Kalau tak kerja, kalian nak bagi duit ke?

“Susah, orang lagi kutuk. Takkan nak tunjuk yang hebat-hebat dan mewah sahaja dalam Instagram,” tulisnya.

Diberi tanggungjawab lebih berat

Sementara itu, beliau turut berkongsi gambar menzahirkan rasa terujanya menerima tanggungjawab sebagai ketua staf di tempat kerjanya.

Sementara itu, pelakon cilik, Puteri Balqis mengejutkan ramai pihak apabila dilihat berniaga buku tulisannya di sekitar ibu kota bersama ibunya.

Sumber: Noralbaniah

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.