Siakap Keli

(Video) Penulis Watak ‘Superhero’ Ultraman, Shozo Uehara Meninggal Dunia

Sehingga kini, ramai diantara kita yang pastinya pernah mendambakan watak adiwira dari Jepun yang dikenali sebagai Ultraman.

Walaupun rata-ratanya dari kita sudah meningkat dewasa kini, namun pasti ada diantara kita yang pasti meminati Ultraman sehingga ke hari ini.

Baru-baru ini, kita telah dikhabarkan dengan satu berita sedih dari Jepun yang pastinya memberi kesan kepada peminat-peminat Ultraman ini di seluruh dunia.

Seorang penulis utama siri Ultraman dan salah seorang penulis asal Ultraman Q iaitu Shozo Uehara telah dilaporkan meninggal dunia di usia 82 tahun pada 2 Januari lalu. Mendiang dilaporkan meninggal dunia akibat daripada komplikasi kanser hati yang dihidapinya.

Shozo Uehara adalah salah seorang pelopor terawal dalam menghasilkan siri Ultraman pada sekitar tahun 1966.

Dilahirkan di Okinawa, Naha, sebuah pulau di selatan Jepun pada 6 Februari 1932, beliau telah menyertai Tsuburaya Productions selepas berjaya menamatkan pengajian di Universiti Chuo. Karyanya berkenaan dengan perang di Okinawa telah berjaya menarik perhatian ketua syarikat berkenaan.

Semasa debutnya yang pertama bersama syarikat tersebut, beliau telah diberikan peluang untuk menjadi penulis utama bagi siri 21 episod Ultraman Q. Sejak dari itu, dia telah berjaya menempa nama sebagai salah seorang pelopor siri Ultraman di Jepun.

Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia

Sumber: J1 Studios

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.