Bekas jaguh badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei bakal menjadi atlet pertama di Malaysia yang akan dipamerkan di muzium lilin, Madame Tussauds, Hong Kong tidak lama lagi.
Menerusi posting di Facebook miliknya, Datuk Lee Chong Wei berkongsi keterujaannya dengan memuatnaik beberapa keping gambar ketika sesi fotografi. Beliau berkata tidak pernah membayangkan bahawa akan mempunyai patung lilinnya sendiri.
Terima kasih @madametussaudshongkong kerana memberikan keistimewaan ini dan saya juga sangat berbesar hati kerana menjadi ahli sukan pertama di Malaysia yang memasuki senarai.
Ucapan khas kepada pasukan Madame Tussauds Hong kong yang sangat bersabar dan terperinci semasa sesi perincian. Ia pastinya yang pertama untuk saya!
I would never have imagined a wax figure of my own! Thank you 香港杜莎夫人蠟像館 Madame Tussauds Hong Kong for the privilege and…
Posted by Lee Chong Wei 李宗伟 on Tuesday, 14 January 2020
Patung lilin itu juga mungkin akan didedahkan kepada umum dalam suku kedua tahun ini.
Netizen juga dilihat begitu teruja dengan pengumuman tersebut dan menghujani ruang komen dengan ucapan tahniah.
Sumber: Lee Chong Wei, Astro Awani