Siakap Keli

Digelar ‘Manusia Ular’, Budak 10 Tahun Derita Penyakit Kulit

Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 10 tahun di India digelar sebagai ‘manusia ular’ kerana kulitnya sisik hampir diseluruh badan. Kanak-kanak yang bernama Jagannath itu dilitupi dengan kulit yang tebal dan gelap sejak bayi lagi.

Keadaan yang dialaminya sangat jarang berlaku dan sukar untuk diubati kerana dia tidak dapat ‘membuang’ sel kulit lama dengan cepat. Kulitnya sentiasa menggelupas kerana terlalu kering.

Dia perlu sentiasa mandi setiap jam dan berbaring dengan pelembap beberapa kali sehari untuk melembapkan kulitnya yang kering.

Kulitnya menjadi menegang sehingga dia sering ditinggalkan kerana tidak dapat berjalan dengan baik dan memerlukan tongkat unuk membantunya meregangkan anggota badannya.

Bapa kepada Jagannath, Prabhakar Pradhan, yang hanya bekerja di sawah padi tidak mampu untuk menanggung kos rawatan anaknya.

“Anak saya menderita penyakit ini sejak kecil lagi dan tidak mempunyai ubat untuk mengubatinya.

“Saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk membawanya menerima rawatan dan saya tidak sampai hati melihatnya menderita dengan penyakit ini setiap hari,” katanya.

Lamellar ichthyosis memberi kesan kepada hampir 200 ribu orang dan merupakan salah satu daripada 20 jenis ichthyosis.

Ichthyosis disebabkan oleh gen yang rosak, yang boleh mempercepatkan atau melambatkan kadar normal di mana kulit tumbuh semula.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra