Siakap Keli
Kredit: IOL/Google

Anak Pendakwah Tersohor Ahmad Deedat Dilapor Kritikal Ditembak Di Kepala

Durban, Afrika Selatan – Aktivis dan anak kepada pendakwah, Allahyarham Ahmad Deedat cedera setelah ditembak di kepala di sini pada pagi 14 Januari lalu.

Menurut pihak polis tempatan, seorang lelaki berusia 65 tahun telah ditembak di luar mahkamah dalam satu cubaan pembunuhan.

Dalam kejadian itu, Yousuf Ahmad Deedat bersama isterinya berjalan di Mahkamah Keluarga Verulam pada 8.30 pagi ketika seorang lelaki tidak dikenali menghampiri mereka dan melepaskan tembakan.

Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki kereta Mazda putih yang menunggunya sebelum memecut pergi. Motif tembakan masih belum diketahui.

Jurucakap Reaction Unit SA, Prem Balram berkata pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa berada dalam keadaan kritikal.

Ketika ditemui, mangsa ditemui dalam keadaan terlungkup di atas laluan pejalan kaki. Dia mengalami satu kecederaan tembakan di kepala.” kata Balram.

“Menurut saksi, Yousuf berjalan ke arah mahkamah ketika dihampiri seorang lelaki yang mengeluarkan senjata api dan menembaknya sebelum melarikan diri.”

Yousuf dihantar ke hospital melalui jalan udara untuk mendapatkan rawatan.

Sumber: IOL

Amira

Love yourself.