Siakap Keli

“Jangan Main-Main Dengan Orang Yang Takut Kucing, Dia Mungkin Tak Takut Ular”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mesti anda pernah jumpa orang yang jenis takut kucing kan? Ataupun anda sendiri yang takut kucing. Kadangkala muka atau penampilan orang tu tidak menggambarkannya tapi apabila nampak haiwan comel itu terus menjerit dan menjauhinya.

Bagi sesetengah orang, mereka rasa terhibur daat menyakat golongan ini, namun tanpa mereka sedari perbuatan mereka itu melampaui batas dan agak keterlaluan.

Seorang pengguna Twitter telah memberikan komen tentang perkara ini apabila ada satu kiriman video seorang lelaki disakat oleh rakan-rakannya.

Mohon jangan main-main dengan perasaan ketakutan dia

Video yang dimuat naik itu telah mendapat tontonan lebih 300,000 dan ia telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menurut Sabrina , ia bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main kerana dia mengalami situasi yang sama seperti orang yang kena prank itu.

Ia bukanlah sesuatu yang kelakar kerana kita dapat lihat bahawa orang yang disakat dilihat begitu fobia dengan kucing. Perkara ini akan menambahkan lagi fobia yang dialami.

Bahaya jika main-main dengan fobia orang ni, silap-silap keadaan boleh menjadi bertambah buruk jika dia menghidapi masalah lemah jantung.

Sumber : Sabrina Baharin

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)