Siakap Keli
Kredit Foto: The Straits Times/ SCMP

5 Tahun Makan Nasi Dengan Cili Kerana Nak Simpan Duit Rawat Adik, Gadis Ini Meninggal Dunia Akibat Tak Cukup Zat

Wu Huayan, gadis 24 tahun yang pernah tular beberapa bulan lepas kini telah meninggal dunia pada 13 Januari yang lalu di sebuah hospital di Guizhou akibat komplikasi berkaitan dengan kekurangan zat makanan.

Hanya makan nasi bersama cili setiap hari selama lima tahun untuk berjimat telah menyebabkan dirinya kekurangan zat sehingga berat badannya susut dan menghidap pelbagai masalah kesihatan.

Kredit Foto: CNN

Dia yang telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya tidak mahu kehilangan adiknya sanggup hidup berjimat cermat untuk membiayai perubatan adiknya.

Wu mempunyai berat badannya hanya 21.4 kg dan tinggi 1.35 meter mula berasa tidak sihat pada tahun 2018 yang lalu.

Keadaan kakinya yang membengkak membuatkan dirinya mudah berasa letih serta menghadapi masalah untuk tidur.

Selain itu, rambutnya yang tebal turut telah gugur bersama keningnya.

Namun begitu, dia masih enggan berjumpa doktor dan tidak menghiraukan keadaan dirinya sehinggalah dipaksa oleh seorang rakannya.

Ia kemudiannya didiagnosis mempunyai penyakit injap jantung dan dimaklumkan bahawa dia perlu menjalani pembedahan kerana tiga daripada empat injap jantungnya tidak berfungsi dengan baik.

Walaupun kutipan derma telah melebihi angka yang diperlukan, namun dia masih tidak dapat menjalani pembedahan itu kerana kekurangan berat badan.

Sumber: SCMP, Asia One

Siti Natrah Jusof