Siakap Keli

“Kerana Allah, Saya Tetap Senyum Walau Dilukai & Berjuang Walau Ketakutan”- Ozil

Pemain bintang pasukan Arsenal iaitu Mesut Ozil yang teruk dikritik oleh pelbagai pihak selepas menyuarakan tentang penindasan etnik Uighur di China pada hujung tahun lalu telah memuat naik satu ciapan terbaru seolah-olah menyatakan tentang betapa kuatnya keyakinannya terhadap Sang Pencipta.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh bekas juara Piala Dunia itu, beliau menyatakan bahawa Allah S.W.T adalah sumber kekuatannya dalam meneruskan perjuangannya di dunia ini.

“Allah S.W.T adalah sebab mengapa saya tersenyum walaupun saya sedang dalam kesakitan; dalam kekeliruan, saya faham; dalam pengkhianatan, saya percaya; dan walaupun dalam ketakutan, saya teruskan juga perjuangan saya,” tulis Ozil menerusi akaun Twitter rasminya.

Pada tahun lalu, satu muatan yang dimuat naik menerusi akaun media sosial rasmi miliknya berkenaan dakwaan penindasan terhadap etnik Uighur di China telah membuka mata satu dunia terhadap nasib etnik itu.

Ianya bahkan telah berjaya membuatkan banyak negara-negara besar untuk mengadakan protes sebagai tanda solidariti ke atas nasib yang menimpa etnik Uighur bagi mendesak kerajaan China supaya bertindak lebih adil terhadap etnik tersebut.

Beberapa bintang sukan seperti Sonny Bill Williams juga turut menyatakan sokongan terhadap tindakan bekas pemain tengah pasukan Jerman itu dalam menyedarkan masyarakat antarabangsa berhubung dakwaan pencabulan hak asasi manusia yang berlaku di wilayah Xinjiang, China.

Ozil yang kini berusia 31 tahun merupakan seorang pemain tengah berkaliber dalam mengetuai jentera serangan bagi pasukan yang diwakilinya kini iaitu Arsenal. Kontraknya bersama pasukan gergasi dari utara London itu bakal berakhir pada Jun tahun hadapan.

Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia

Sumber: Mesut Ozil

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.