Siakap Keli
Kredit: Google/Twitter

Wartawan UK ‘Kutuk’ Nasi Lemak Hingga ‘Diserang’ Netizen Malaysia Tampil Beri Penjelasan

Nasi lemak merupakan menu tradisi yang dicintai hampir keseluruhan rakyat Malaysia tidak kira kaum atau agama.

Namun tak semua yang kita suka turut disukai orang lain. Semalam, seorang wartawan dari United Kingdom, Katie Morley menimbulkan rasa tidak senang rakyat Malaysia apabila mengecam menu tersebut ketika dihidang dalam penerbangan.

Akibatnya, Katie dikecam tentera bawang Malaysia yang tampil mempertahankan menu istimewa itu.

Lantaran itu, dia memuatnaik kenyataan balas di laman Twitter miliknya.

“Ramai rakyat Malaysia tampil memberitahu hidangan itu merupakan menu popular negara itu. Saya tak pernah melihatnya dan saya tidak bermaksud untuk menyakiti sesiapa.

“Sepertimana yang dikatakan ramai pihak, saya dihidangkan versi yang cukup teruk. Pasti ia boleh jadi sedap dan saya harap dapat rasa hidangan sebenar suatu hari nanti,” tulisnya.

Sebelum ini tular kisah seorang Youtuber luar negara yang sanggup mengembara sejauh 9,600 kilometer dari Greece ke Kuala Lumpur semata-mata kerana rindukan nasi lemak yang pernah dinikmatinya ketika datang ke Malaysia sebelum itu.

Sumber: Katie Morley

Amira

Love yourself.