Siakap Keli

2 Lagi Mayat Dijumpai Terapung, Tak Jauh Dari Lokasi Mayat Pertama

Dua lagi mangsa daripada empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang hilang dihanyutkan ombak ketika mandi manda di Pantai Teluk Bidara, di sini Jumaat lepas, ditemukan mati lemas pada kira-kira 11.35 pagi dan 12.09 tengah hari tadi.

Mayat yang ditemui dipercayai Muhamad Luqman Hakim Al Rasyid ditemui terapung tidak sampai sejam selepas penemuan mayat kedua dipercayai Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan. Mangsa ditemukan tidak jauh dari lokasi penemuan mayat pertama.

Kini usaha mencari seorang lagi mangsa, Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee, 21, sedang giat dijalankan.

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)