Siakap Keli

“Dia Wasap Bukan Nak Berkenalan,” Ini Kesilapan Peniaga ‘Online’ Buat Customer Menyampah Nak Beli

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perniagaan secara atas talian sudah menjadi ‘trend’ di Malaysia. Bukan apa, rata-rata semua orang pada hari ini ‘sibuk’ untuk keluar membeli-belah di shoping mall. Mereka lebih memilih untuk membeli secara atas talian kerana ia memudahkan serta menjimatkan masa.

Tapi, pernah tak anda terfikir jika anda merupakan orang yang membeli barangan, tetapi terpaksa menjawab soalan-soalan seperti ‘ice-breaking’ antara pembeli dan penjual akan membuatkan seseorang itu bosan. Cara seperti ini yang perlu di ubah.

Ikuti perkongsian daripada seorang pengguna Twitter, Naim Mustafa mengenai tips untuk pelanggan tidak ‘turn off’ kepada penjual.

Customer tu wasap nak beli tudung. Bukan wasap utk berkenalan. Untuk 2016-2018 ,skrip sesi ice breaking ni masih boleh pakai. Tapi bila masuk 2019, and now 2020 skrip tu dah tak valid. Customer nak cepat. Takde masa nak berkenalan.

Jadi, apa nak reply?

Andai kata customer tu masuk; “PM tudung sis” “Hai. Boleh sis. Siti send design yer” 

Hantar semua jenis corak. “Dapat gambar sis? Design yang mana berkenan tu?” “Okay dapat. Kejap saya pilih” : then carry conversation tu ikut funnel.

As simple as that. Tak percaya?

Cuba ubah skrip closing tu skrg. Sebab bagi barang yang orang tahu tu apa. Flow closing very short. Contoh jual tudung,kasut, pakaian, or barang2 harian kita tak perlu explain panjang lebar pun barang tu.

“Kalau design ni berapa?” “Dah agak mesti sis pilih design tu. Ramai kenan design tu. Sehelai RM39”. “Taknak ambik 2 ke? Saya kira RM70 je” “Pastu free postage area semenanjung, sis area semenanjung kan?” “Aah semenanjung” “Ok dapat la free postage. Pilih lagi satu design sis”

“Ok lagi satu design yang ni.”
“Ok boleh. Saya bg no akaun yer. Sis transfer cimb ke maybank?”.
“Cimb”
“Ni detail CIMB saya”

Bagi detail bank in “Tudung ni saya dah asingkan untuk sis. Once settle payment saya pos yer”.

Jadi, begitulah ceritanya. Aku tak jual tudung. Tapi aku jual baju baby yang dihandle oleh wife aku. Jadi, permainan dia sangat pantas. Takde kenal-kenal. Customer PM, tanya umur baby berapa untuk tahu saiz yang sesuai, bagi design, harga dan pembayaran. Mudah.

2020 – Pelanggan nak cepat dan mudah.

Kenapa sesetengah online seller taknak letak harga?

Kenapa kena DM dulu baru seller nak bagitau harga? Jadi, sebagai online seller, perlu atau tidak kita letak harga terus? Kenapa sesetengah online seller taknak letak harga?

Sejak terlibat dalam bisnes online bermula dari 2016. Saya berlajar dengan ramai guru dan banyak mazhab dalam copywriting/penulisan iklan.

1.) Ada mazhab yang cakap patut letak harga terus.

Kelebihan letak harga terus ni,kita dapat quality prospek. Maknanya orang tu Whatsapp kita dengan full knowledge about the product,detail and price. Jadi, dia Whatsapp memang untuk terus membeli. Tak perlu entertain panjang lebar.

Tapi ada jugak yang masuk still tanya pasal price tu macam mana? Padahal dah tulis dalam iklan.

i) Mungkin dia memang tak baca full caption.
ii) Atau dia just tanya untuk confirmation/double confirm.

Alaaa. Kita pun selalu buat macam ni.

Contoh:

Kita : “Cik nak goreng pisang RM2”.
Makcik: bungkus goreng pisang.
Kita : “Ok berapa ringgit semuanya cik?”
Makcik : …… RM2 . Same situation kan? Haha.

2.) Ada ‘mazhab’ cakap jangan letak.

Kelebihan ‘mazhab’ ni dia akan dapat banyak databased, sebab ramai akan PM/inbox untuk tahu detail produk.

Databased bermaksud : no phone.

No phone ni boleh digunakan sebagai custom audiences untuk dijadikan Lookalik Audience untuk FBAds. 

Cuma cons lebih banyak sebab leads yang masuk kebanyakan nak survey harga sahaja dan buat kita jadi frustrated untuk entertain customer.

So terjadi nya kes “lepas tahu harga terus senyap”.

Yes. Sebab dia wasap sebab nak tahu harga je. Sebab itulah tujuan asal dia, dia just nak tahu harga. Dia punya full attention bukan nak membeli pun. So jangan la marah customer sebab salah sendiri. Hehe.

Kebanyakkan seller macam ni adalah mereka yang menjual produk generic/harian dan risau orang kata barang dia mahal. Contoh Seller A : Jual Baju Harga RM39 Dia pun jual baju yang hampir sama dengan harga RM49.

So macam mana nak overcome perasaan takut barang mahal dan takde orang nak beli ni? Itu next thread okay.

Kalau korang tanya saya which one mazhab yang bagus? Untuk generic produk/ benda harian macam pakaian, baju, kasut, handbag, makanan, beauty product, jus kesihatan or benda yang yang biasa orang cari terus letak harga.
Untuk produk yang atau service yang tak setiap hari orang cari dan harga dia tinggi. Contoh service renovate rumah, of course its by qoutation and follow square feet rumah, depend on material and banyak lagi.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)