Siakap Keli
Sumber: Helmi

Konon Boba Tersekat Dalam Hempedu, Doktor Jelaskan Rupanya Itu Video Batu Dalam Hembepdu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini tular satu video ada individu mendakwa batu karang yang ada dalam hempedu manusia itu kononnya daripada minuman air boba. Isu ini telah mencuri perhatian seorang doktor di laman Twitter.

Doktor Helmi telah memberi pencerahan tnetang video yang tular tersebut supaya masyarakat tidak mudah terpedaya dengan perkara yang viral tersebut.

Kenalan Kepada Penyakit Batu Karang Hempedu

Penyakit batu karang hempedu adalah masalah yang sering dihadapi penduduk Malaysia. Ia dikaitkan dengan peningkatan pengambilan makanan berlemak. Penyakit ini agak unik kerana ia melibatkan 3 organ badan iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas.

Sebenarnya boba tu aku rasa sebab bentuk batu tu kot. Not really sebab makan boba boleh jadi camni. Tapi yeah, boba sangat tidak sihat.

Benda ni kira kes paling makanan dalam ward surgery selain kes appendix.

Tambahnya lagi, jika seseorang itu mengadu najis yang dikeluarkan berwarna kelabu, disegerakan untuk berjumpa dengan pakar untuk pemeriksaan lanjut. tetapi jika normal, tidak perlu.

Jelasnya, kegunaan gall bladder atau batu hempedu ini untuk hadam makanan berlemak. Jika lemak dalam badan berlebihan, ia tidak lagi mampu untuk bekerja dan jadilah batu karang.

Selain itu, ada pengguna Twitter lain yang berkongsi pengalaman ibunya terkena penyakit batu karang hempedu ini.

Makin besar keadaan batu tersebut, makin sakit…

 

Sumber: Helmi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)