Siakap Keli

(Video) Rakaman Ribut Debu Dahsyat ‘Telan’ Australia Selepas Kebakaran Hutan

Bukan sahaja dilanda hujan batu sebesar bola golf, bumi Australia turut dilanda ribut debu gergasi yang telah mengancam keselematan penduduk setempat baru-baru ini.

Kesan daripada kemarau berbulan-berbulan telah menyebabkan kebakaran dahsyat yang ‘menerbangkan’ ribut debu yang bergerak di bandar utama, Sydney.

Ruangan media sosial ketika ini dipenuhi dengan foto dan video yang memaparkan ‘serangan’ ribut debu gergasi tersebut.

Menurut Weatherzone, ribut debu adalah satu keadaan kekal di kawasan-kawasan yang dilanda kemarau dan ianya sama seperti yang berlaku di Timur Tengah.

Biro Meteorologi (BOM) berkata bahawa angin di Dubbo naik sehingga 107 kilometer (66.5 batu) sejam. Ribut tersebut telah menjejaskan penglihatan penduduk setempat terutamanya yang sedang memandu.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, satu rakaman memaparkan detik-detik cemas sebuah kereta dipandu ke arah ribut debu.

Ribut debu yang melanda Australia sememangnya telah menyebabkan aktiviti penduduk setempat terbatas dan juga menjejaskan keselamatan. Antara lain detik-detik  ribut debu menyerang dikongsikan oleh media dan orang ramai di media sosial.

Selepas mengalami kebakaran hutan yang dasyat sejak September lalu, bumi Australia masih diuji dengan bencana yang lain. Antara bencana yang menjejaskan penduduk setempat ialah ribut debu, hujan batu dan juga banjir akibat daripada struktur tanah yang tidak kukuh.

Sumber: Independent

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra