Siakap Keli
Kredit Foto: facebook

(Video) Terlentang Atas Jalan, Pemandu Pikap 4×4 Sondol ‘Abang Motor’ Di Lebuhraya

Kemalangan berlaku tanpa diundang. Namun begitu, hal seperti ini dapat dielakkan jika pengguna jalan raya memandu secara berhemah dan mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan.

Banyak kes-kes kemalangan jalan raya yang berlaku pada hari ini. Tambahan pula, kemalangan yang berlaku juga boleh menyebabkan banyak nyawa yang melayang.

Menurut satu video yang tular di laman sosial, sebuah kenderaan dipercayai jenis Ford Ranger berwarna kelabu telah memandu secara merbahaya dan kelajuan tinggi telah merempuh belakang sebuah motosikal.

Kejadian yang berlaku di Lebuhraya PLUS Bangi-Kajang, dilihat pemandu Ford Ranger tersebut telah memotong secara merbahaya dan melanggar motosikal yang berada di laluan kecemasan pada ketika itu.

Penunggang motosikal tersebut masih boleh berdiri dan bergerak ke bahagian tepi jalan sebelum dihampiri oleh pemilik rakaman dashcam yang berhenti untuk memastikan keadaan mangsa.

Sumber: Ieda Leenda

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.