Siakap Keli
Kredit: Kompas

(Video) Tukang Buat Pelamin Tertangkap, Guna Kain Lebihan Menyamar Jadi Pocong ”Prank” Penduduk

Di Sulawesi Selatan, penduduk tempatan berpeluang melihat ‘pocong’ di siang hari setelah pihak polis berjaya menangkapnya atas kesalahan menakutkan penduduk tempatan.

Kata salah seorang mangsa, Nandar, dia nyaris terjatuh dari motosikalnya setelah terlihat kelibat ‘pocong’ itu.

“Saya lihat di tepi jalan (pocong) sedang duduk dan saya terkejut hampir jatuh. Tambahan pula lepas malam Jumaat,” katanya kepada Kompas.com.

Hasil laporan penduduk tempatan, pihak polis telah melakukan rondaan dan menahan seorang remaja berusia 17 tahun.

Menurut Kompas, remaja itu bekerja mengambil upah memasang pelamin.

“Baru pulang dari buka pelamin. Kebetulan ada kain putih, jati saya cuba-cuba pakai,” kata pelaku itu.

Menurut pelaku, dia menerima bayaran oleh seseorang sebanyak 20 ribu rupiah (kira-kira RM5.95) untuk melakukan ‘prank’ sebelum video itu dimuatnaik ke media sosial.

Sebelum ini, tular video lucu pocong berlari akibat dikejar sekumpulan remaja dengan bunga api yang naik angin dengan tindakan pelaku yang sengaja menakutkan mereka.

Sumber: Kompas

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.