Siakap Keli

(Video) “Taknak Panggil Makcik, Panggil Kakak” – Tuanku Permaisuri

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah sememangnya dikenali sebagai kerabat diraja yang mesra terhadap rakyat jelata.

Semalam, Raja Permaisuri Agong berkenan mencemar duli bagi merasmikan Hospital Tunku Azizah (HTA) yang sebelum dikenali sebagai Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur.

Namun, apa yang menarik perhatian dalam kalangan netizen adalah telatah Tunku Azizah bersama seorang pesakit yang menjalankan pembedahan pemindahan buah pinggang.

Adik Syed Ashraf Aiman merupakan pesakit yang menerima rawatan pembedahan pemindahan buah pinggang yang diterima daripada bapanya.

Taknak panggil makcik, panggil kakak

Ketika berbual bersama pesakit cilik itu, Raja Permaisuri Agong sempat bergurau agar dirinya tidak dipanggil makcik dan seeloknya memanggil kakak. Gurauan oleh Tunku Azizah itu mendapat reaksi positif dalam kalangan netizen yang sangat bersenang hati dengan Permaisuri kesayangan mereka.

View this post on Instagram

Gurauan Raja Permaisuri Agong bersama adik Syed Ashraf Aiman, ā€œxnak panggil makcik panggil kakakā€ sewaktu berangkat merasmikan Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur. Adik Syed Ashraf Aiman menjalankan pembedahan pemindahan buah pinggang yang diterima dari bapanya. KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut mengurniakan sumbangan kepada pesakit di Hospital Tunku Azizah. ………. . ā€˜Don't call me aunty, call me sis!', Her Majesty jokes with little Syed Ashraf Aiman, much to the delight of everyone present. The young patient is undergoing a kidney transplant surgery, with his father as the donor. The lighthearted moment was captured during the launch of Tunku Azizah Hospital where Her Majesty also gifted patients with contributions. Daulat Tuanku #permaisurikita #ourqueen #hospitaltunkuazizah #tunkuazizah #royal #malaysia

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Raja Permaisuri yang dekat di hati rakyat

“Semoga Allah SWT memberikan kesihatan buat Raja Permaisuri Agong”

“Indah dalam, indah luar.. Daulat tuanku, semoga terus memayungi rakyat”

Sumber: Istana Negara

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra