Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Video "Sunset" MRT Kajang Buat Ramai Terpukau

sunset mrt kajang
Gambar: Threads @definitelynotintan
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Video "Sunset" MRT Kajang Buat Ramai Terpukau

Kalau sebut lokasi melihat matahari terbenam (sunset), ramai mungkin terus memikirkan pantai, puncak bukit atau kawasan tepi tasik.

Tapi, siapa sangka sebuah stesen MRT di pinggir ibu kota sebenarnya menyimpan pemandangan matahari terbenam yang cukup memukau, membuatkan ramai terpana.

Lebih mengejutkan, keindahan itu bukan sahaja mencuri perhatian rakyat Malaysia, malah turut mendapat reaksi daripada National Geographic.

Underrated betul tempat ni...

Tidak dinafikan, Malaysia sememangnya penuh dengan pelbagai panorama alam yang indah. Ada yang sanggup memandu berjam-jam semata-mata mahu mengejar pemandangan matahari terbenam yang cantik.

Tapi, ramai mungkin tidak menyedari bahawa Stesen MRT Kajang juga mempunyai 'port' melihat sunset yang cukup indah.

Setiap kali waktu senja menjelang, khususnya sebelum azan Maghrib berkumandang, suasana di platform bahagian atas stesen itu berubah sama sekali.

Langit yang pada awalnya kebiruan perlahan-lahan bertukar kepada rona jingga keemasan sebelum diselaputi warna merah menyala. Ia mewujudkan suasana "golden hour" yang begitu mempesonakan.

Pemandangan itu bukan sahaja cantik dipandang mata, malah cukup menenangkan sehingga membuatkan sesiapa yang melihatnya seolah-olah terlupa seketika dengan kesibukan kehidupan di kota.

"Ethereal..."

Baru-baru ini, seorang wanita menerusi Threads @definitelynotintan, berjaya mencuri perhatian ramai selepas berkongsi rakaman pendek memaparkan keindahan matahari terbenam dari Stesen MRT Kajang.

Rakaman itu pantas menjadi tular di media sosial apabila meraih lebih 100,000 tanda suka selain dihujani ratusan komen daripada netizen yang sama-sama kagum dengan keindahan tersebut.

Ramai mengakui mereka tidak pernah menyangka sebuah stesen MRT boleh menawarkan panorama secantik itu.

Siap dapat komen National Geographic

Apa yang lebih membanggakan, video berkenaan bukan sekadar menarik perhatian pengguna media sosial tempatan.

Malah, ia turut mendapat perhatian daripada National Geographic, media antarabangsa yang terkenal dengan kandungan berkaitan alam semula jadi dan fotografi.

"Galeri gambar kami pasti akan penuh..." komen National Geographic.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengakui video itu membuka mata mereka untuk lebih menghargai keindahan yang sebenarnya sudah lama wujud di sekeliling.

Menurut mereka, ramai yang terlalu sibuk mengejar lokasi pelancongan luar negara sehingga terlupa Malaysia sendiri memiliki panorama yang tidak kurang hebatnya.