Siakap Keli

Gadis ‘Rapunzel’ Cipta Rekod Dunia, Miliki Rambut Sepanjang 190cm

Seorang gadis diberi gelaran Rapunzel gara-gara memiliki rambut yang panjang dan cantik.

Gadis dari India itu turut digelar sebagai gadis berambut terpanjang di dunia oleh Guinness World Record.

Nilanshi Patel dikatakan telah mencatat rekod baharu apabila memiliki rambut sepanjang 190 sentimeter (cm).

Rambutnya itu dikatakan telah tumbuh 20cm sejak kali terakhir diukur pada November 2018.

Dia mula menyimpan rambut panjang sejak berusia enam tahun selepas melalui pengalaman ngeri di sebuah salon rambut.

“Pada usia enam tahun, saya melalui pengalaman teruk di sebuah salon rambut.

“Sejak itu saya bimbang untuk memotong rambut saya. Ibu bapa saya menyokong keputusan saya untuk menyimpan rambut panjang,” katanya.

Gadis berusia 17 tahun itu dikatakan dia akan membasuh rambutnya itu seminggu sekali dan menggunakan minyak rambut yang dibuat oleh ibunya dengan resipi rahsia.

Dia juga dikatakan perlu mengambil masa selama sejam untuk menyikat dan setengah jam untuk mengeringkan rambutnya itu.

Sumber: Metro.co.uk

 

 

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)